About Me

My photo
A mind traveller. Pretty much an abstract and eccentric human being. But overall, a human panda who embraces food as a hobby.

Tuesday, November 26, 2013

Memori malam ini


Malam ini,
hati aku terusik,
air mata menjadi teman,
ku tenung ke arah bintang,
menyingkap perasaan dulu,
malam ini,
aku ditemani puisi dahulu

Malam ini
bukan seperti malam lain,
malam ini
seumpama malam yang dahulu,
bila kita berkata melalui hati
membalas ucapan melalui tulisan
malam ini
hati aku terusik
sekaligus minda membisik
"memori ini kah aku rindu?"

Malam ini,
aku ditemani hujan
tapi bukan hujan yang di luar
yang di dalam,
dalam diri seorang wanita
yang kini merenung kembali
memori di kala remaja
memori di kala puisi
adalah kata-kata mereka
di kala memori itu memberi inspirasi
mengungkap apa terkubu di minda dan hati

tapi malam ini
dia menangis
kerana terkenang
apa yang menjadi memori dahulu
hanya mampu menjadi memori
tiada lebih.
tiada lagi.

malam ini
aku menyingkap memori
namun begitu
memori itu kekal menjadi memori

P/s: Catching Snowflakes - Pixie Lott.

No comments: