About Me

My photo
A mind traveller. Pretty much an abstract and eccentric human being. But overall, a human panda who embraces food as a hobby.

Wednesday, January 2, 2013

Cerita Pendek : Kita kawan kan?

Hati ni da berdebar-debar. Panik pun ada rasanya. Okay rileks Sheera. Rileks je. Everything will be okay. Jumpa dia je pun, bukan jumpa sorang. Jumpa ramai-ramai. Tah-tah dia tak jadik datang. Knowing Asyraf. Most of the time dia selalu cancel last minute meet up. So chill. It'll be fine. 

"Eh Sheera, yang kau duduk dalam kereta ni lagi kenapa? Gerak le. Nak kunci, the boys are waiting da tu" kata Ika memujuk aku keluar dari kereta. Aku pun mula la gerak. Jalan pun lembap-lembap je. Dah kenapa aku setuju nak datang. Hai malas betul. Sengaja diaorg ni nak buat meetup macam ni.

"Kau buat apa dalam keta? Mekap untuk Asyraf ke?" usik Ika. 
"Banyak la kau. Takde keje aku nak mekap-mekap ni. Bukan aku. Takde la aku macam malas je. Kau tahu la aku ngan Asyraf cmne kan"
"Kenapa dengan kau dengan Asyraf? Kau bukan suka ke kalau jumpa. Tengok dari jauh la cukup bak kata kau"
"Amboi kau. erm. Suka tu takat situ je la. nak suruh buat apa pun. Aku tengok dia sengih, borak-borak bodoh. dia dengan lawak tak jadik dia. tu je la. Kau nak suh aku buat apa pun Ika. Smpai situ sahaja"
"Ah macam-macam la kau Sheera. Rileks je. Kalau betul jodoh ada. Ada la korang, lari macam mana pun. Aku tengok Asyraf tu pun macam suka kau je"
"Dah la jangan bagi harapan palsu.. weh tu diaorg, meja sana"

Sampai kat restoran biasa geng kitaorg lepak. Aku terus scan meja tu. Okay cukup kuota, ada Hakim dengan Farhan je. Okay lega jap. Kitaorang memang berlima. Dari sekolah lagi muka mesti berlima. Selama ni aku anggap semua macam adik bradik. lain mak lain bapak la cita dia. Kitaorg rapat sebab masing-masing boleh bergurau senda. Tapi dengan Asyraf cara aku dengan dia, komunikasi kitaorg jadi pelik dan sedikit awkward. Bukan macam aku borak dengan Hakim ngan Farhan. Nak kata control tak jugak. Da lama dah aku suka Asyraf. Mula-mula sebab dia ni macam ada muka la. Ikut taste aku suma. Tapi entah kenapa, aku terpikat tengok perangai dia. Suka buat lawak bodoh, masalahnya lawak yang selalu keluar, macam hambar sangat. Tapi aku gelak. Gelak sebab dia gigih sangat bercerita nak sampaikan. Suka tengok perangai dia yang pelik tapi comel tu. tah kenapa aku suka sangat. Lama juga da minat si mamat ni. Tapi apakan daya, rasa takut kene reject tu. Aku pendam je la minat tu. Minat tu da jadik sayang kot at one point. Tapi aku ignore je. 

"Alahai kakak-kakak manis, typical ladies to come late la. Korang mekap apa je? Serupa je aku tengok rupa korang" gurau Hakim kat kitaorg. Hakim ni paling rilek skali, dia slalu anggap aku ngan Ika cm adik dia, memandangkan dia paling tua dalam geng sbb lahir dulu sebelum kitaorg semua. 
"Hey, aku tak mekap okay, ni minah ni mekap. Tak nampak aku pakai t-shirt sempoi je ni. ni pun dapat free. Tengok muka korang je, jadahnye nak cantik-cantik" respon aku kat Hakim

Aku scan lagi skali restoran ni, mana la tahu Asyraf ada. 
"Kau cari sapa Sheera. Asyraf tak sampai lagi" kata Farhan yang melihat aku tak abis-abis toleh kiri toleh kanan. Macam tengah cari orang.
"Aku tak cakap pape pun. Aku just scan je tengok-tengok kot ada orang aku kenal. Eh dia datang ke?'
"A'ah datang. Cuma lambat skit. Macam biasa la Asyraf. Kau macam tak kenal"

Aku sengih je pastu da rasa awkward nak cakap topik ni. Aku stat tengok menu, rasa lapar pun ada. Aku start terpikir. Kepala aku macam lega jugak Asyraf takde. Tapi hati ni macam mengeluh, kenapa takde pula. Macam sedih pun ada sebab dia takde. Tapi kepala aku macam cakap, ala kalau dia ada pun, apa je korang buat kan. Buat bodoh. Masing-masing buat buat takde pape. Sebab memang takde pape. So should be okay la kan? Amboi bercanggah sungguh hati dan minda aku ni. Sakit jiwa.

"Weh weh weh. Jangan order. Jap jap. Bagi aku duduk jap" Asyraf berkata sambil tercungap-cungap cakap dan duduk sebelah Hakim.
"Assalamualaikum. Hai bro, sampai2 pakai weh weh. Lapar sangat da ke"
"Waalaikumussalam. Ala Hakim, takkan plak aku nak jerit kuat2 bagi salam. Kang orang kata aku gila plak. bagi sopan sikit, depan mata kau, baru aku ucap. Salam tangan. baru bromantic kan" respon Asyraf. Aku kat tepi tergelak kecil dengar cara dia cakap. Ha sampai-sampai da merapu sakan. Macam tu la dia sepanjang2 masa kalau lepak.

"Eh Sheera. Ada rupenye. Ingatkan takde. Lama dah sampai?"
"Amboi, kau nampak Sheera je ke Asyraf? Aku ni kau tak nak tanye" sahut Ika perli Asyraf yang tegur aku.
"Ala Ika Apa bezanye, sebab aku tahu korang sampai sekali, naik keta sekali, tanya dia sama jugak jawapan kau. Kau nak jugak aku tanya kau? Alahai, ha Ika da lama sampai?"
"Ah kau. Alasan. Berdekad lama da aku tunggu. Kau buat apa la, datang lambat je keje"
"Eh biasa. Busy man. Kira baik la muka aku muncul"

Da sampai jugak Asyraf. Ha hati aku cam da tenang. Tapi kepala aku macam panik plak. Dia cm nervous sebab dia depan mata. Aku plak kadang-kadang kantoi tengok dia. Gelak kat jokes dia. Nampak sangat aku asyik dengar apa dia cakap. Kadang-kadang Ika sengaja usik aku depan Asyraf, parah jugak la si Ika tu kene, asyik kene tendang kaki dengan aku je bawah meja. Tak pun mata aku membesar je. Masalahnye, aku boleh communicate dengan semua orang, siap boleh relate kat one another kalau berborak, tapi aku tak paham kenapa aku tak leh nak buat macam tu dengan Asyraf. Macam kalau kitaorg mula cakap, kitaorg sampai terlupa yang kitaorg lepak beramai-ramai. Kadang-kadang, bebudak ni usik jugak kitaorg, rasanye semua orang macam perasan kitaorg berdua kalau biar cakap berdua jadik cm terasing. Semua orang nampak, tapi kenapa aku rasa Asyraf ni macam biasa je. Aku sampai da give up nak interpret apa-apa, sebab knowing Asyraf, sampai situ je la. Mana nak pergi jauh. Aku je la berangannye. Da kawan lama sangat, apa je nak jadik? Takde la kan cita dia. Jadi tiap kali lepak ramai-ramai, tu je la aku dapat tengok Asyraf. He's my What If. So what if je la yang bermain dalam kepala aku.

"Weh lama sangat da ni, aku ada assignment nak kene submit esok. Sheera gerak jom?" kata Ika kat aku. Aduh. Nak balik da ke? Memang la esok ada kelas. Tapi macam berat pun ada nak balik. Bila je la dapat lepak cmni.
"Korang da nak gerak? Wei sama la. Aku pun ada keje nak settle esok. Gerak skali la ek. Parking keta kau kat mana Ika?" respon Hakim kepada Ika sambil bangun dari tempat duduk dan gerak bersama ke cashier.
"Woi woi. Korang nak gi bayar ke? Aku nak ikut la" sahut Farhan.
"Dah kenapa kau nak ikut Farhan? Japgi kan kau naik dengan Hakim gak. Bayar je la dalam keta. Woi Paan. Alahai buat bodoh plak budak ni" respon Asyraf.
Okay sekarang situasi da jadik sedikit awkward. Apa aku nak cakap? Okay aku patut bangun la kan.
Okay bangun skang.

"Eh? Nak gi mana ni Sheera? Diaorg kan datang balik sini?" respon Asyraf pada tindakan aku.
"Tak. tengok la. Diaorg main gerak je. Jom la" aku pun stat beralih dari meja makan. Okay gerak cepat Sheera, gerak cepat.
"Sheera! Wah laju sangat. Nah sampai tertinggal henpon. Kang meraung tak dapat nak text encik abang" 
Okay nice move Sheera. Terbaik la kau punya gopoh gapah nak bla. tertinggal henpon
"Encik abang mana plak. Memang I ada plak la hai Asyraf. Kan i da cita. Mana ada"
"I ada? I encik abang jugak. Seorang encik. Dan seorang abang. Combine both. tak ke sama ?" gurau Asyraf pada aku.
Seriously la. That have to be the lamest joke I've ever heard. But.. it's sweet. Okay Sheera over sangat nak pikir sweet. It's Asyraf. That's typical. Typical him.

"Weh. kelakar. geli hati dengar. geli geli"
"Ala jangan la geli Sheera. Tu terbaik kot. Ni you balik dengan Ika?" 

Eip. Ni soalan apa dia tanya aku ni? Padahal dia tahu kut aku sampai sini tadi dengan Ika. Dia sendiri buat statement camtu.
"dah tu? takkan naik kuda kot."
"eih marah nampak. saje je tanye. terlupa. mana la tahu. you balik asing"
"takde nye. da biasa kot, and you know. asyraf, asyraf, pelik pelik je soalan you nak balik ni. Okay la. I gotta go. Tu minah tu, tengok, da cekak pinggang dah kat keta dia. I'll see you sometime soon?"

 Senyum aku pada Asyraf. Tengah aku tersenyum tu, aku perasan Asyraf da lama tersengih kat aku. Aku pun cair la kan. Tapi kata nak bla, aku still tercegat kat situ. Tah kenapa, aku rasa macam Asyraf nak cakap something kat aku. 

"Asyraf. I gerak dulu okay?" Aku hentikan staring aku kat Asyraf yang macam da nampak obvious. Lama-lama aku terblush da satu masalah plak. Blush depan dia.
"Ha haaa baiklah. We'll see each other soon. insya Allah. Ken salam Ika. Eh jap. WEH Ika. Byeeee",jerit Asyraf sambil melambai kepada Ika.

Ika tersenyum dan suruh Asyraf pulangkan aku cepat. Aku tergelak je tengok Ika cakap camtu, tapi mata aku terus terbeliak besar la sebab macam kantoi di situ. Aku senyum je kat Asyraf dan ucap bye dan bagi salam. Terus berpaling dan gerak ke arah kereta Ika. Hati aku sayu, sedih nak cakap bye, tapi kepala aku asyik tenangkan aku, nak sedih pun buat apa. Nothing is there. So don't expect anything. Aku masuk keta, secara tak sengaja, mengeluh dan termenung.

"Nothing ? " respon Ika bila ternampak aku macam sedih begitu rupa
"Nothing what?" 
"You and him lah. Apa lagi"
"haha kau nak expect apa pun wei. Dia propose kat situ? it will be just that. Asyraf has no feelings to me. Friends and friends je. Sampai bila pun aku boleh mimpi je. dah la Ika jom gerak"
Aku stat pakai seatbelt sambil senyum pada Ika. To show her that I'll be fine.
"Hai Sheera. One day maybe. One day. Ada jodoh takkan ke mana. Sapa kata kawan pun tak leh bercinta"
Aku tergelak dan terus tersenyum. Malas da nak respon apa-apa dengan Ika. Kami bergerak pulang dari tempat lepak. Aku pula? Termenung ke luar kereta. Terfikir, apakah aku sorang yang rasa macam ni?
_________________________________________
"Woi. Sini kau" jerit Hakim pada aku.
"Main woi woi. Apa dia" respon aku pada Hakim. Keta kitaorg parking sebelah-sebelah. Sengaja je buat macam tu, senang nak jumpa muka budak-budak ni balik.
"Bro, apa cer? da cakap dah? Bukan main suka korang dua berborak"
"Apa yg berborak ? Apa kau merepek ni Farhan?"
"Eleh buat-buat tak tahu. So, kau da cakap dengan dia tak"
"Cakap apa la Hakim?"
"Eh mat ni. Aku siku jugak. Kau bila lagi nak cakap dengan Si Sheera tu? Kang dia pergi dengan Mat lain, kau jugak yg bising. Dia tak patut dengan mat tu mat ni. Ni tengah ada chance. Kau diam je Asyraf. Bila bro bila. Lama sangat da ni. Aku nak jugak tahu ending korang"
"Eh bising la kau Hakim. Nanti la aku cakap. kau ingat senang ke. macam main cakap aku nak beli aiskim untuk dia. Ni perasaan la bro. kang aku kene friendzone, aku yang menonggeng. bila jumpa da jadik awkward"
"Alah. Abis skang korang berborak tak awkward pulak? Kau suka buat lawak bodoh en depan dia, apesal kau? da out of jokes? aku asyik facepalm je tengok kau buat lawak cenggitu"
"nervous tahu nervous Farhan? Aku jadik cm all weird depan dia. Tah mana datang lawak tu. Eh da la. Aku nak balik. Layan korang lagi lama aku kat sini. lagi pelik-pelik kita cakap. Ciao bros. Jumpa lagi. Lepak roger la aku"
"Ah. Aku roger je. Kau yang slalu tak datang. Ada hal je. Kesian si Sheera takde sapa nak layan"

Eh bising plak Hakim ni. Nak perli aku melebih-lebih plak. Aku sengih je tengok diaorg. Aku baru stat enjin je. Tetibe si Farhan muncul tepi tingkap aku. Terkejut aku. Nasib baik muda nak dapat heart attack. Aku pun turunkan tingkap keta. 

"Dah kenapa kau muncul sini. Hakim da nak gerak kan?"
"Aku nak tinggalkan pesanan"
"Hai. Macam esok lusa, telepon text takde je kan. Apa dia ni Farhan?"
"Timing kau, jangan lama-lama. Nanti Si Sheera tu bla, kau sampai bila terpana je.Pikir ada ke tak ada ke tak."
Aku terdiam. La. tu ke nak cakap dengan aku. Ingat kan apa budak ni.
"Kau ni. Ingatkan apa tadi. Tengok la bro, ni perasaan kot. aku takut gak. kau ingat aku berani sangat ke. Sheera tu entah ye ke tak suka aku. Pastu sukati nak pergi macam tu kat dia"
"Kau ni buta ek? ke rabun? Okay la kau rabun. Bukan buta. rabun kau ni parah sangat ke sampai tak nampak dia suka kau gak?"
"Eleh. Kau gurau en? Suka gurau macam ni"
"eh sukati kau la Asyraf. Aku da bagitahu apa patut. Jangan la main-main perasaan dia kalau tak suka. Kesian dia. Aku gerak dulu la. Nanti awek aku bising aku balik lambat. Think about it bro"

Aku salam Farhan. Lepas tu Hakim dengan Farhan terus gerak dari parking spot sebelah aku. Aku pun termenung. Terfikir kata-kata Farhan. Hakim tu selalu la usik-usik aku. Diaorg dua je tahu aku suka Sheera walaupun aku tak pernah mengaku kat diaorg. Tapi sebab da lama kawan. masing masing macam da paham perangai, tabiat, cara hidup suma. Tak payah nak cakap da pun. Farhan tu serious bila bercakap, macam orang tua walaupun Hakim yang paling tua sebenarnye. Tapi Farhan matang antara kitaorg bertiga. Aku bukan tak nak, tapi kalau cakap dekat Sheera, sama ke perasaan dia? Cara dia layan member laki dia suma sama cm aku je. Aku da takut. Sheera tu aku selesa. Tapi. Haih banyak betul tapi aku. Tah bila nak abis. Aku pun berlalu pergi dari parking spot aku. Terfikir apa mungkin jadik. Ah biar la. Ada jodoh tak ke mana. Aku tetap nak tunggu Sheera.

Kadangkala, cinta itu datang tanpa diundang, tapi kerana takut disakiti. Kita lebih rela terseksa dari disakiti. Tapi jika benar itu jodoh, tak akan ke mana. Dengan izin-Nya, hadir juga mereka bersama satu hari nanti. Berlalu pergi dua rakan, yang jatuh cinta, tanpa mereka pinta. Berlalu pergi dua rakan, yang memendam perasaan, bahawa mungkin satu hari nanti, semuanya terungkai juga.

p/s: Cerita ini tiada kaitan antara yang hidup atau mati. If I feel like rajin. I make a sequel to it. I got bored and so this story came to be. Thank you for reading lovelies! Feel free to read my other cerita pendek(s) under the label 'cerita pendek'. maaf ada kurang di mana-mana, sebab ini cara saya menyampaikan cerita hehe. See you again! soon.

No comments: