About Me

My photo
A mind traveller. Pretty much an abstract and eccentric human being. But overall, a human panda who embraces food as a hobby.

Friday, August 17, 2012

Di sebalik hati

Hari ini. Aku di dalam dunia. Di mana, kelilingku, ramai manusia.
Ramai sekali.
Tetapi. Entah mengapa, hati ini. Masih terasa keseorangan.
Benar lah hidup di dunia, walaupun dikelilingi hidup, masih sendiri.
Hati mula resah. Dua hari tinggal. Mungkin kurang.
Aku masih resah dan tidak mencukupi.
Aku masih rasa berat.
Kalau boleh, tidak mahu pergi.
Aku masih tak dapat membuka tangan terhadap syawal.
Kalau aku dibenarkan tinggal bersama Ramadhan.
Ah nikmatnya
Tapi apakan daya. Aku menanti yang akan datang. Tapi.
Siapa aku untuk berkata begitu?
Aku pun tidak pasti, sejauh mana nafasku.

No comments: