About Me

My photo
A mind traveller. Pretty much an abstract and eccentric human being. But overall, a human panda who embraces food as a hobby.

Wednesday, May 9, 2012

Bangun ayuh?

Ah bencinya. Malam ni macam menyampah dengan diri sendiri.
Pantang bila aku da bermula 'scribble' kat sini.
Berjela-jela panjang aku 'scribble'. Tidak. Ini bukan post aku mengarang cerita pendek. Bukan post ini... bukan kot. Aku terasa macam nak 'scribble' dalam bahasa ibunda.
Hari ini semua benda terusik di hati. Entah kenapa.
Lemah betul.
Benci jadi macam ni.
Tapi ini la dia. Fitrah aku sebagai manusia. Sekuat mana pun kita. Jatuh juga.Sepuluh ribu kali la kalau kau ucap 'Takde menda ah'
Balik-balik bila kau sorang, kau juga menangis.
Takda la sekuat mana pun kan.
Konon-konon kuat. Last-last macam wanita lain juga.
Dah memang dalam IC pun jantina perempuan. Maka segala perasaan pun alih-alih perempuan juga.
Benci betul bila menangis sebab tak dapat jadi gagah. Benci betul bila jadi lemah dan terfikir brapa lama nak bertahan macam ini.
Aku lupa.
Aku sendiri terlupa. Aku ni tak la kuat mana pun.
Lempar la senyuman macam mana pun. Aku mampu letak ke tepi segala masalah.
Tapi akhirnya, aku toleh ke tepi juga.
Aku sudah biasa macam ini.
Bangun jatuh sendiri. Apa susah?
Dah penat menangis, lap air mata, bangun. Itu aku.
Tapi hakikatnya, aku penat bangun sendiri.
Tapi... bukankah ini sudah jadi perkara biasa? Tapi kenapa aku mengeluh?
Aku toleh ke arah cermin.
Melihat diri aku.
Aku segagah mana aku 'portray' kan diri aku pada orang sekeliling aku.
Itu sekadar 'shield' aku. Melindungi diri aku sebenar. Tapi di sini.
Benci.
Semua tentang diri aku. Kata-kata yang aku catitkan di sini. Cukup menggambarkan aku.
Mungkin aku terlupa.
Aku ni juga manusia.
Aku tidak mampu berdiri sendiri begitu lama.
Aku lupa.
Aku juga mampu jatuh tanpa rasa malu dengan diri sendiri.

No comments: