About Me

My photo
A mind traveller. Pretty much an abstract and eccentric human being. But overall, a human panda who embraces food as a hobby.

Monday, August 15, 2011

of my many blessings

This Ramadhan one can get many blessings as much as they want.
And during this month is where your prayers will be answered, Insya Allah.

Tapi tak semua yang mampu nampak kelebihan bulan ini. Ada yang mengambil kesempatan untuk tidak menyertai para muslimin dan muslimat untuk menunaikan Rukun Islam ke-tiga ini. 
Ada yang tidak tahu erti berpuasa. Buat-buat tidak tahu. Itu la sebenarnya. 
Kenapa sampai begitu? 
Mungkin erti malu tu sudah tidak ada dah. Mungkin kamu tak malu dengan rakan2 lain. Terang-terang bergurau dengan kawan2. 'jom la makan. Aku mana puasa' Mungkin kamu tidak malu dengan kawan. Tapi Allah? 

Saya tahu. Siapa saya untuk berkata-kata begini. Sedangkan zahirnya saya tidak mengenakan hijab dan tidak nampak 'alim' bagi kamu. 
Saya hanya manusia biasa. Masih lagi membaiki diri sendiri. Mendoakan yang terbaik tiap hari.
Saya masih lagi memperbaiki diri saya. Dan alhamdullilah. 
Dengan izin-Nya. Syukur. Semakin hari semakin dekat dengan-Nya. 
Semakin dirasa ketenangan di hati ini kerana berkat rahmat-Nya dan hidayah yang diberikan.
Zahirnya, saya tidak sempurna sebagai muslim tapi alhamdullilah. Tuhan pun tidak menilai saya. Kerana dia lebih memahami. Semakin hari semakin dekat. Insya Allah.

Baru tadi ternampak video 'Ini Kisahku- Wardina Saffiyah'. Melihat video itu, saya terus terfikir tentang manusia sekarang dan sebahagian kawan-kawan saya yang leka. Kadang2 kita tengok dan perhatikan mereka dengan berkata-kata pada diri kita.

"Ya Allah Ya Tuhanku. Jauhkanlah aku dari segala keburukan. Dekatkanlah aku dengan-Mu. Jangan kau larikan aku dari jalan yang benar"

No I am not trying to be goody two shoes here. Tapi itulah yang saya ucapkan tiap kali melihat Melayu yang meneguk minuman beralkohol dan pergi ke Jalan Heritage untuk enjoy. Saya pernah diajak untuk minum bersama. Dan pernah juga kawan saya itu kata dia tidak percaya saya tidak minum. Terkilan rasanya bila dia berkata begitu. Sebab, saya sangat menyayangi dan menghormati agama saya, tidak pernah pun saya ada niat untuk minum semua benda itu. Sedangkan mempunyai kawan yang bukan muslim sepanjang hidup saya, mereka pun tidak pernah mengajak saya minum bersama. Malah, mereka lebih menghormati saya dan agama saya. Inikan seorang melayu dan Islam bila ditanya, mengajak saya minum. Dan bila saya menolak. Katanya tidak percaya, hanya kerana saya pernah berbual dengannya tentang minuman itu dan saya tahu jenis2 minuman yang ada. Jujurnya. Saya tahu kerana saya tidak ingin ditipu. Saya tahu bukan kerana saya minum, tapi kerana perasaan ingin tahu keburukan yang ada. Supaya saya tidak mudah ditipu dan diperdaya.

For once, I hope, I don't see more of this. But this is reality. Banyak yang begitu. Dugaan kita adalah supaya kita lebih kuat dan tidak mudah terpesong. I am surely blessed. Being born and naturally am a Muslim. I embrace that fact. and Syukur that I am blessed that way. I pray every day. Every single day. I will be better. Slow steps towards good. Slow steps. Insya Allah

Terima kasih to the readers who reads till the end of this post. I am truly thankful that you want to read this. :)
Jangan segan2 datang sini lagi. Jika ada tersilap kata di mana2 maafkan saya. Ini hanya luahan hati dan pendapat pada post ini. 

Ini video Wardina Saffiyah. Ini Kisahku. Kalau tak keberatan tengoklah mari ! :)



p.s: Kita sedikit demi sedikit. Kita jadik lebih baik dlm perjalanan hidup kita.

No comments: