About Me

My photo
A mind traveller. Pretty much an abstract and eccentric human being. But overall, a human panda who embraces food as a hobby.

Wednesday, August 17, 2011

Mencari yang sempurna

Aduh mana pulak compact powder nie. Time macam nie la beg aku nak semak dengan macam-macam barang. Itu sebab lah aku malas nak ada handbag besar2 cmnie. 

"Kau, beg kau Mira. Aku tengok kau cari barang macam cari kat peti harta karun tahu? Jumpa tak?", bebel si Yana kawan aku. Dari tadi dia meneman sesi catch-up setelah sekian lama tak jumpa. Al-maklumlah semua dah kerja sekarang.

"Sabar Yana. Saboor. Aku pun tak paham kenapa aku simpan banyak barang dalam nie. Haa...jumpa..." terdiam aku seketika. Bersama buku catatan harian aku. Terselit sampul surat berserta alamat rumah aku. Aduhai. Sudah hampir terlupa aku. Terdiam sejenak. Aku ambil kad itu, dan memegangnya, "pun. Jumpa." Aku menyambung kata2 aku. Terpaku. Aku buka surat tu. Bukan aku tak pernah buka. Tapi melihat kad tu. Aku terdiam seketika. 

"Mira. Kau nie. Aku nak compact powder. Kau keluarkan kad kenapa la minah oi." keluh Yana. Tapi dia terdiam sesaat melihat raut wajah aku yang berubah. Aku masih terdiam dan membaca kad itu. Sambil tersenyum.

"Mira? Kau okay? Tu kad apa? Meh aku tengok kejap? Please", Minta Yana dengan nada yang baik dan ingin tahu. Aku senyum dan hulurkan dengan rasa berat hati.

Raut wajah Yana bertukar. Seolah-olah teringat sesuatu. "Eh, aku kenal lah nama nie. Ashraf... Ashraf.."

"Ashraf Zahim! Awak dengar tak? Penat la saya bebel dengan awak", Keluh aku setelah penat bertarung air liur membebel dekat si dia.

"Ye leeee sayang. Saya dengar. Apa menda yg tak dengarnye. You bebel satu restaurant leh dengar" perli Ashraf kepada aku. Dia tergelak sambil melihat dan melayan kerenah aku. Tak penat-penat dia setelah bertahun kenal, dia masih melayan kerenah aku. 

"Mulut you, I rasa selagi tak berbuih, you bebel je an...WEH WEH sakitlah. Adoi boleh tak jangan cubit-cubit?" sambil memegang tangannya yang baru dicubit oleh aku.

"Padan lah muka. Mulut I leh bebel. tangan leh cubit. Kesah pulak I you sakit?" sambil buat muka dan tergelak. Itu cara kami. Kasar tapi kami tahu itu gurau. Dia tersenyum dan melihat ke arah aku. Aku rasa sedih tiba-tiba. Raut wajah aku da berubah. Dia perasan. "You okay tak?" tanya Ashraf.

Aku diam. Aku tahu banyak kali aku cakap. Dia sampai da tak suka dengar. Tapi dia perlu tahu. "Hmm...Kalau kita tak ada jodoh. Be happy with whoever you're gonna be with okay?", Ashraf terus berubah. Raut muka dia dari senyum jadik risau. 

"oh. Haa. okay", itu je dia balas. 

"Paham kan? I serious tak berani janji. We've been through a lot. I'm happy with whatever we have. Tapi kalau jodoh tak tertulis. I just..." aku terdiam bila dia memotong aku berkata-kata. Dan Ashraf pula berkata "Dah la you. I serious tak suka dengar menda nie. I tahu k. Ada, ada la. I tak boleh paksa you. If da tak jadik. Tak apa la. Itu takdir kan. Kita terima je. I pun akan happy kalau you happy" Dia terdiam sambil menjawab dengan nada yang sedih.

"I'm really sorry you. I mmg sorry okay. I just tak reti nak cakap macam mana. I just don't want ... I pun macam... I.." Aku terdiam. Dah tak reti nak kata apa dah. Kalaulah dia tahu. Aku bertarung nak kekalkan segalanya. Tapi kalau takdir kata bukan. Takkan aku nak lawan. Aku sedih. Aku nak dia tahu aku sedih... tapi..

"Mira. Dah la ye. I faham. I faham. Kita cuba okay? Ha da lambat da nie. Jomlah. Kita gerak dulu." Aku terpaku. Aku tak abis cakap lagi nie. Dia memang macam tu. Selalu lari bila aku nak kata-kata kan menda nie kat dia. Aku pun macam nak tak nak pergi. Masih duduk kat situ. Dia bergerak ke cashier membayar dinner kami. Aku diam. Termenung. Pedih hati bila benda macam ni melanda. Tapi dua dua hati kene tabah. Takdir dan jodoh bukan ketentuan kami. 

"Mira? Mira Razimi. Kau dengar tak nie? Kau nie memang kaki termenung ek" 
Aku kembali dari alam memori. Jauh betul aku pergi
"Haa. kau cakap apa tadi Yana? Sorry. Sorry. Melayang sat." 

Yana geleng kepala sambil membalas,"Alah. Kau. Selalu sangat melayang. Tak pe. Nie aku sebut. Ashraf Zahim. Tu dulu kau punya kan? Erm. sorry. He was apart of..." 
"Yep. Thats him." Aku membalas dengan cepat dan tersenyum
"Wahh. cantiknyeeee. Kad nie. Erm. Kau tak pergi ke?", Dia melihat kad itu sambil meneliti details yang ada. "Eh tapi da lepas la Mira. Kau pergi tak?"
Aku tersenyum. Aku keluarkan handphone aku dan mencari gallery di mana aku simpankan satu gambar, kemudian memberi Yana melihatnya.

"Wahh. Bahagianyee. Cantik gila diaorang. Sama-sama happy!" Yana gembira dan kemudian terdiam. Yana menoleh ke arah aku "Mira. Sorry. I'm sorry but you don't mind me saying that kan? Are you okay?"

Aku senyum. Senyum lebar. "I'm so happy. Very happy. Aku tangkap gambar tu masa diaorang bersanding. Aku pergi ngan Sham masa wedding tu. Dia teman aku. Dia pun kenal Ashraf kan. Saje tangkap. Tengok-tengok, eh sama padan. sama happy. Well. Itu jodoh dia alhamdullilah. Whatever that makes him happy, doubles the happiness I have for him", Aku tersenyum sambil menjawab. Muka gembira juga aku lemparkan ke arah Yana.

Yana terdiam. Dia kemudian datang dekat padaku, dan memeluk aku tanda memberi sokongan. Yana kemudian berkata, " Mira, you 're a very strong girl. The strongest friend I have. Am proud of you. Very proud. You did your best. I know both of you since college. You did the best decision. He's happy now. I bet you're happy that he's happy too kan?" Aku mengangguk. Tersenyum. 

"Dah la. Kau tak nangis aku plak touching-touching gini. Weh. Da la jom gerak. Minum kopi nie tak done la kan. Aku lapar. Cari kedai makan? Jom? " Pujuk Yana pada aku. Aku masih lagi senyum. 
"Yana, kau bayar kan dulu. Nah aku punya part. Nanti aku meet up kat luar. Aku kemas barang nie. Sepah seh." tak sempat aku nak toleh pada Yana dia da jalan. Eh minah nie. Sukati je. Aku nak bayar la. Aku geleng-geleng kepala dan mengeluh. Aku mula mengemas barang2 aku. Dan masukkan semula kad yang aku keluarkan. Aku membuka sekali lagi. Tertulis di kad itu.

'Walimatul Urus. 
Ashraf Zahim & Syakirin Rahmat.' 

Ayat-ayat itu sahaja yang aku lihat.  Aku tersenyum. Aku kemudian melihat gambar yang ada pada handphone aku. Aku lihat buat kali terakhir. Senyuman di muka Ashraf, senyuman yang aku ingin lihat. Dulu aku tak dapat ukir senyuman itu di wajahnya. Melihat dia tersenyum begitu di sisi wanita yang mencintainya. Aku begitu bersyukur. Syukur kerana dia telah temu jodohnya. Hati aku gembira melihat dia gembira. Aku kemudian delete gambar kahwin Ashraf. Aku terdiam, tersenyum dan akhirnya menitis juga air mata aku. 

"Mira. Jom?" Yana memanggil aku. Suruh gerak. Aku senyum dan lap air mata aku. 

Syukur Ya Allah kau temukan dia dengan jodohnya. Syukur Ya Allah. Dia gembira. Aku gembira. Sekarang aku mendoakan kebahagiaannya kekal sehingga ke akhir hayatnya. Aku tersenyum menuju ke arah Yana dan memajukan langkahku.

"Mira. Whatever happens. Just let it be okay? Takdir bukan dalam tangan kita. If you tak dapat nak sayang I nak buat macam mana. At least we try. In the future lets be happy and pray we'll be happy with whoever we will end up with okay?" Ashraf menyapa aku sambil berjalan menuju ke arah kereta. Aku memandang Ashraf dan mengangguk. Tanda memahami. 

Aku berkata pada Ashraf 
"Whatever happens. I'm happy to get to know you. I believe someone out there can love you so much more than me." 

Dan dia berjaya jumpa cintanya setelah 5 tahun kami berpisah arah. Tentunya takdir di tangan Allah. Aku bersyukur, Ashraf cinta pertama aku, menemui cinta sejatinya. There is always first in everything, but that first can't always be yours forever. Namun aku bahagia bila dia bahagia. Itu paling penting. Aku tersenyum berjalan bersama dengan Yana. Menyimpan memori yang aku ada. 

Cerita ini tiada kaitan dengan yang hidup mahupun mati. Ini adalah rekaan semata-mata. Terima kasih kepada yang sudi membaca ! Harap datang lagi dan beri feedback ! Thank you!
 

No comments: