About Me

My photo
A mind traveller. Pretty much an abstract and eccentric human being. But overall, a human panda who embraces food as a hobby.

Tuesday, July 5, 2011

Cerita kita

Jauh betul aku termenung. Kali nie lebih jauh. 
Air kopi fresh panas jadi teman malam nie. Aish. Mata tak boleh tidur pula. Macam biasa lah. 
Mana reti nak tidur awal. Kerja pun banyak. 
Termenung ke arah laptop yang ada di atas meja. Desktop background gambar kau.
Aku terdiam. 

Kau, aku sentiasa pandang kau dari jauh.
Teringatkan kau dari jauh. 
Sayang kau dari jauh.
Sedih rasanya bila melihat gambar kau yang jadik hiasan laptop aku. 
Kita serasi.
Itu lah apa yang orang kata. Sedangkan kita bukan couple pun. 
Jangan kata couple. In a relationship pun tidak.
Bila orang kata serasi. Kita sama-sama geleng kepala. 
Lepas tu gelak sama-sama.
Tangan aku kalau kat sms dengan im. Laju aje menaip. Sampaikan tak reti cakap bye.
Tapi bila depan mata. Mulut aku tertutup rapat. Bukan tak nak cakap. 
Aku rela dengar kau bercerita dari aku. 
Itu bunyi yang best sekali.
Tapi kita tak tahu apa kita.
Sebenarnye kita nie apa?
Couple ke? Teman tapi mesra ke? Kawan baik je ke?
Tu penyakit aku. Hati aku terlalu attached dengan kau.
Padahal aku tak mintak sikit pun nak attached attached nie. bak kata mat salleh la kan
Mula-mula nampak kau. Terfikir. Eleh. Biasa je.
Sekarang nie. Aku plak tersangkut.
Tapi aku terdiam. Tak pernah lah rasa nak bercakap dengan kau.
"Sebenarnye. I cm suka boleh tahan suka. erm sort of. well kinda like you. more than a friend"
takde. Bila nampak kau aku bisik je yang aku suka kau.

Eh. Air mata mengalir. Tak sedar pun rupanya menangis. 

"you. Buat apa tuh? jauh benar termenung. buat kopi bukan nak buat untuk I kan?" datang jejaka yang sudah berpakaian pyjamas dia tuh.

"Eh awak nie. Sejak bila pulak awak minum kopi malam-malam nie. Saya nak berjaga ada kerja. Kang awak tak tidur. Saya dah biasa". Ah sibuk pula laki nie. Aku nie ada keje. Tu yang aku buat kopi. Kang dia minum tak meroyan plak ngadu tak leh tidur. Aku yang kene mendengar dia membebel.

"Tak apa lah. Takkan nak biar awak berjaga seorang kat bawah nie. Tak apa saya teman la awak ye. Eh kenapa you nangis ni? okay tak?" Terlihat muka risau bila dia ternampak air mata aku. Adoi. Mampus nak jawap apa pulak?

"Eh takde pape lah. Nguap je. Rilek sudah" Jawab aku ngan nada yang seboleh- boleh cover line.

"Banyak la you punya nguap. Asal nie?" Adeh. Mamat nie. tak reti da nak brenti tanye ke? alamak. Hmm..

"Takde lah. I terlalu happy kot tengok tu" Sambil tunjukkan ke arah laptop aku. Time tu jugak aku tersenyum balik.
"Lah saya ingatkan apala tadi awak nie. Terkejut I tahu." Dia menepuk dahi dengan tapak tangannya macam ala-ala katun tu. 
"I pun happy. Siapa sangka betul tak? tapi dah jodoh. Alhamdullilah"

Aku tersenyum. "I tak pernah pikir pun nak suka you"

Dia lihat muka aku lama. Tenung. Lepas tu buat muka. "I handsome kan. Biasa la. Mesti you jatuh hati punya." Aku buat muka yang seakan-akan mengambbarkan. Ek eleh mamat nie. Tampar gak karang.

"Eh dah tak yah pandang macam tu. Dah la k. Thats it for the night. You've been staying up buat kerja je lately. Let's sleep k? Bawah mata you tu da cukup panda dah. Tak perlu nak panda lagi. Isteri I bukan Po the panda tahu?"

Aku gelak pastu menampar muka dia tanda gurauan. "Eh diam. Dah la. Ye ye. I tidur. You naik dulu k? I nak kemas jap. I'll come in 5 mins"

"Alright. Lambat I kunci pintu. Lantak ar. Tidur atas sofa okay panda? " Bergurau si dia nie kepada aku. Sambil buat muka yang konon comel. Eish mamat nie da tua pun nak bajet comel.
Aku tergelak melihat kerenah dia melayan aku. Sabar sungguh dia. Baik pun dia. Aku kemas meja dan kertas-kertas yang ada. Sebelum aku off kan laptop aku lihat sekali lagi desktop background aku. Indahnye gambar tu. Si suami mengucup dahi si isteri. Masa tu dia bersongkok hitam dan berbaju melayu serba putih. Masa dia sah jadi suami aku. Haih. Memang handsome pun suami aku tu. Malas je nak cakap. 
tapi sejak dari mula aku kenal dia. Memang sudah sayang. Siapa sangka cinta dan sayang kami yang kami pendam. Rupanya berumah tangga juga. 

"Sayang. Lambat I kunci" Ah bising betul mamat nie. Eish. Dah dah la tuh. Aku pun tutup laptop dan tersenyum mengenang kembali memori kami. 

Cerita ini tiada kaitan dengan yang hidup mahupun mati. Ini adalah rekaan semata-mata. Terima kasih kepada Engku Farrah Khadija. (maaf salah eja) Sebab kerana dia saya ada ilham nak mereka cerita. Dan thank you kepada yang membaca! :) 

p/s: Cinta itu indah. Lagi-lagi kalau cinta kerana Allah :)



2 comments:

Not a girl, not yet a woman said...

WOW. SAYA NAK LELAKI MACAM NI PLEASE. Hahaha. And and tak sangka saya punya cerita bagi ilham dekat akak. Hihi :D Buat lagi cerita okay? Okay? So cute lah the husband. Auuummm.

Anonymous said...

ade ke laki mcm ni? mcm gedik je. hahahaha