About Me

My photo
A mind traveller. Pretty much an abstract and eccentric human being. But overall, a human panda who embraces food as a hobby.

Tuesday, March 22, 2011

Hidup ini mula puitis kadang kadang

Bukak dashboard blog. Terlihat dua comment. Salah satunya dari Kak Fynn Jamal. Oh terharu hidup ini bila lihat comment beliau di salah satu blog post aku. Oh terharu habis smpai terjerit dlm compartment bilik. Ya hebatnya impak maksima dia. Kepada Kak Fynn terima kasih diucapkan atas kata kata penuh inspirasi kak fynn :) 

Walaupun kisah si pujangga itu sudah tamat. tapi tiada noktah terletak. siapa tahu kalau2 itu jodoh. bertemu semula? Mungkin di hadapan jalan kita bertemu semula? Siapa tahu? Hari tu tertekan balik notes di facebook. Terlihat satu puisi buatan diri sendiri. Tengok tarikh, reaksi terus, oh masa ni. Masa aku anggap dia warna hidup ku. Masa yg aku lihat dia sebagai si pencuri hati. Masa aku kisah apa dia rasa, baik gembira, sedih dan suka. Sekarang? Tipu kalau cakap tak sedih. Tipu. Tipu. Tengok sendiri, cakap pasal dia ja. Ayat tak nak jiwang pulak kan? Masih ada perasaan. Masih. Cuma tak mampu nak fikir jauh sudah. Tapi bak kata kak fynn. Kalau dia jodoh, bertemu semula. Wahai si pujangga. Mungkin expressiku kurang dilihat kini, tapi bila aku lihat nama kau muncul. Aku tahu. Masih hadir perasaan itu. Cuma aku tidak mengharapkan apa-apa. Aku bilang perasaan itu mungkin tertanam di dalam lubuk. Dalam sekali. Ada. Tidak hilang. Tapi cuma tertanam. Mungkin akan berbunga satu hari nanti? Mungkin?

Jadik akhirnya blog ini dengan puisi yg aku buat dulu untuk si pujangga. ternampak nie. Oh hati tak nak tersebak sebentar. tapi apa daya. Eh kamu. Si pujangga. Kau aku masih letak di atas sekali. Di atas. Setiap yang datang, aku lihatkan mereka pada kau. Tiada satu pun sehingga sekarang, yg mampu smpai ke atas situ. Kau agak2 kau boleh turun tak? Supaya beri laluan yg lain. Atau kau sendiri datang mengisinya semula ? :(

Puisi Buatmu - 25 jan 2010-


aku cuba 
untuk menahannya
aku cuba
untuk mengatasinya
tetapi sukar
tatkala aku 
melihat dirimu
aku 
gembira tersenyum bahagia
tapi
pedih sakit diriku
merasakan perasaan 
terpendam ini sendirian
tapi 
siapa aku
untuk membuat kau
melihat diriku 
sebagaimana aku
melihat dirimu
dari mataku

Aku hanya mampu
mendengar rintihan hatimu
tatkala rintihan hatiku
memanggil namamu
aku hanya mampu
berbicara denganmu
tanpa mampu 
membicarakan kisah hatiku
aku hanya mampu 
merenung matamu yang
mengisahkan 1001 cerita 
kasih ikhlas mu
tatkala mataku
mengambarkan kasihku padamu dari
permulaan cerita

aku memendam perasaan kasih ini
terhadapmu,
kasihku yang ikhlas 
tercipta untukmu
aku setia menunggu
walaupun membunuhku
akan ku simpan 
cinta ini dalam hatiku...

p/s: ikhlas dari hatiku. buatmu

-shaf-


p/s: kak fynn kata. hidup mesti terus kan? so terus lah aku. dan tak leh bla jiwang la plak post nieh. dan kenapa bila kak fynn muncul. kau pun muncul semula ? :( 

No comments: