About Me

My photo
A mind traveller. Pretty much an abstract and eccentric human being. But overall, a human panda who embraces food as a hobby.

Saturday, February 26, 2011

Hidup terlalu puitis kadang kadang

Hari ini sebab da terlalu bosan. Jadik tekan la mouse dan pergi blogwalking. Tetibe terlintas di blog seorang wanita yang hebat berpuisi. Sapa lagi kalau bukan kak fynn jamal. Tapi hati ini pedih kalau lalu di blog kak fynn. Bukan apa, tapi kalau lalu situ, mesti terigat pada seorang pujangga yang amat meminati kak fynn. Tapi perasaan pedih tu bak kata mat salleh, temporary je lah. Tapi terfikir, aku nie dulu, semata kerana dia, notes kat facebook ngan blog, tak nak sakan pula penuh dengan segala puisi untuk si dia nie. tapi apakan daya. mati situ je la. Cuma kelakar kalau tengok balik. ilham yang datang tu boleh buat kita tulis 1001 perkataan yang puitis jadiknya bila bercinta (bercinta ke? tak kot. suka ja) tapi sekarang ilham da mati.so konklusinye, takde pape pon. saje nak luah perasaan kecundang tatkala lalu blog kak fynn. macam biasa, kak fynn puisi2 dia menusuk kalbu. tapi hati nie da lama tertusuk oleh si dia. so dah tertanam jauh ke dalam lubuk tanah. da sampai satu ketika, da malas nak gali balik. simpan dan duduk diam2 sudah. dan kepada si pujangga, kalau dia baca lah (itupon kalau dia kesah aku da tukar link ke belum)

awak inspirasi saya dulu tahu?
kini dah takde la kot. kita pon takda apa apa.
sudah mati di jalan hidup kisah kita. lama dulu. lama dulu. 

p/s: seumpama rindu berpuisi.

2 comments:

Fynn Jamal said...

tak apa~
hidup mesti terus, kan..?

kalau mmg dia ada semula,
teranglah yang sudah terjodoh dari dulu2nya.
kalau tidak~

tak apa~
hidup mesti terus, kan..?

Shutterkid said...

kak fynn! terima kasih :)

ya kak fynn hidup mesti terus. terus ke hadapan.
kalau jodoh itu dia
pulanglah dia :)
sementara ini kita terus ke hadapan dulu.
mana tahu dia di hadapan jalan semula?